Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

MPKK Seliau Baru Santuni Calon SPM

By 24 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)/Abd Ghani Zainuddin

SEREMBAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seliau Baru menyantuni 13 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di kampung tersebut bagi memberikan mereka semangat dan sokongan moral.

Ketua MPKK Kampung Seliau Baru, Abdul Halim Harun, 65, mengatakan mereka turun padang bagi meraikan calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Peperiksaan SPM terpaksa ditangguhkan ke tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda, di mana proses pembelajaran sebelum ini hanya berlaku di rumah dan saya berharap, semua calon SPM khususnya di Kampung Seliau Baru dapat terus fokus untuk melakar kejayaan dalam hidup masing-masing.

“Jadikan apa yang dilalui hari ini sebagai sebuah kenangan dan kejayaan yang dibanggakan di mana masing-masing akan terus komited berazam tinggi untuk menempa kejayaan yang diidamkan,” ujarnya.

Calon SPM, Nur Syafiqah Aminuddin berkata beliau merasa dihargai, lebih bersemangat dan tidak sabar untuk menjawab peperiksaan SPM dengan bersungguh-sungguh.

“Terima kasih atas kepimpinan kampung yang sudi ziarah bagi kata-kata semangat, motivasi dan perangsang bagi menghadapi peperiksaan, sedikit sebanyak hilang rasa takut kami untuk menghadapi ujian peperiksaan besar ini, dan kami berjanji akan membuat yang terbaik demi masa depan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda