
Oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)
KANGAR, 29 Nov (Malaysiaaktif) — Majlis Penerangan Program Rumah Mampu Milik di Seriab di sini hari ini mendapat sambutan hangat daripada rakyat Perlis.
Kira-kira 300 orang hadir membanjiri perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kangar untuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh Penasihat Syarikat Zuka Properties, Dr. Zubir Yahya.
Beliau berkata, “rumah bernilai RM30 ribu ini perlu dibina di tanah sendiri dan surat kebenaran perlu dikeluarkan sekiranya dibina di tanah keluarga.
Menurut beliau, rumah mampu milik yang dibina oleh Zuka Properties ialah jenis pasang siap menggunakan bahan lebih berkualiti dan tahan lama.
Tawaran rumah mampu milik berharga RM30 ribu ini adalah untuk tempoh sehingga hujung tahun ini. Bermula Januari 2016, harga akan dinaikkan secara berperingkat.
Kaunter pendaftaran dibuka hari ini dan orang ramai yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan dan salinan geran tanah serta wang deposit berjumlah RM 5000.00. Urusan guaman turut diadakan serentak.
Turut diumumkan, banglo mampu milik berharga RM100 ribu dengan diskaun sebanyak RM44 ribu.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai diminta berhubung terus dengan Pejabat Ahli Parlimen Kangar.