Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Saran Lantik Jurucakap Khas Vaksin, Bina Keyakinan Orang Ramai – Muqarabbin

By 28 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar (WPKL)

KUALA LUMPUR, 28 Februari (Malaysiaaktif) – Jurucakap khas vaksin dalam komuniti perlu dilantik sebagai salah satu usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Presiden Generasi Lembah Pantai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Muqarabbin Mokhtaruddin, berkata peranan jurucakap khas itu dilihat sebagai satu pendekatan efektif dalam memberi keyakinan kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan vaksin.

“Kerajaan disaran melantik jurucakap khas untuk vaksin bagi menjelaskan maklumat penting mengenai Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

“Maklumat itu perlu diterangkan dengan sebaik mungkin supaya orang ramai dapat membina keyakinan mereka terhadap vaksin yang bakal diberikan kelak,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Apartment Putra Ria, Bangsar, di sini hari ini.

Muqarabbin (dua dari kanan) bersama-sama petugas sanitasi yang turut bertugas mensanitasi blok Apartment Putra Ria yang dikendalikan ahli-ahli Persatuan Generasi Lembah Pantai.

Muqarabbin (dua dari kanan) bersama-sama petugas sanitasi yang turut bertugas mensanitasi blok Apartment Putra Ria yang dikendalikan ahli-ahli Persatuan Generasi Lembah Pantai, di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi Madrasah Tarbiyah Islamiah Apartment Putra Ria, Md. Shariff Sabdin, 68, berkata usaha hebahan yang dilakukan Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menyampaikan informasi kepada penduduk setempat adalah satu langkah yang proaktif.

“Hebahan yang dilakukan van JaPen ini boleh didengari dari jauh kerana suaranya yang kuat, jadi masyarakat setempat dapat mendengar maklumat ini dengan jelas,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Yazid Mohd Yasin, 41, berkata beliau berharap agar masyarakat setempat di kawasan ini dapat memanfaatkan hebahan mengenai COVID-19 untuk dikongsikan dengan ahli keluarga yang lain.

“Maklumat daripada bahan penerbitan yang diberi secara percuma ini boleh menjadi panduan dan rujukan mengenai isu semasa, lebih-lebih lagi hal berkaitan COVID-19,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda