Skip to main content
MASabah

Media Berperanan Tingkatkan Kesedaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

By 28 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Haizul Rohani/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Pengamal media berperanan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah Peter Tong Ah Pin, berkata seiring dengan dasar kerajaan, pihak media perlu bersama-sama dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya program berkenaan.

BINCANG...Tiong (dua dari kiri) berbincang dengan Peter (tengah) dalam sesi kunjungan hormat ke Asia Times.

BINCANG…Tiong (dua dari kiri) berbincang dengan Peter (tengah) dalam sesi kunjungan hormat ke Asia Times.

“Pihak media di negeri ini memainkan peranan penting dalam memastikan perjalan program dan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dilakukan dengan efektif.

“Jaringan pihak media sama ada media rasmi kerajaan mahupun swasta perlu diperkukuhkan untuk memastikan kelancaran penyampaian maklumat terus kepada rakyat sekali gus memudahkan implimentasi dasar kerajaan di negara ini.

“Sebagai contoh, informasi mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan perlu sampai kepada rakyat bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan sekaligus membendung penularan pandemik COVID-19 di Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau, tugas pihak media sangat mencabar terutamanya semenjak awal penularan wabak COVID-19 yang menyaksikan pembudayaan gaya hidup serta norma baharu dalam menjalankan tugas dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan kunjungan hormat ke beberapa agensi media tempatan, di sini baru-baru ini.

CENDERAHATI...Peter (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Editor Sin Chew Daily (dua dari kiri) sambil disaksikan Siti Mariam (kiri) dan Richard (kanan).

CENDERAHATI…Peter (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Shaw Yun (dua dari kiri).

Untuk rekod, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2021 yang menyasarkan petugas barisan hadapan sebagai golongan pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech keluaran Amerika Syarikat.

Hadir menyambut rombongan Peter ialah Pengerusi Asia Times Sdn Bhd Datuk Tiong Tan Hua dan Ketua Editor Sin Chew Daily Lee Shaw Yun.

-RI

Tinggalkan komen anda