Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Sentuhan Prihatin Bantu Mereka dalam Pemulihan

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

JASIN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Program Sentuhan Prihatin sempena Hari Antidadah Kebangsaan merupakan salah satu usaha dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi meringankan beban mereka yang pernah terlibat dalam salah guna dadah mencari nafkah dan juga memudahkan AADK untuk terus berhubung dengan mereka dalam usaha pemulihan serta membebaskan mereka sepenuhnya dari najis dadah.

Pengarah AADK Melaka Nazir Mohamad, berkata lebih dari 50% klien yang mendapatkan rawatan dan pemulihan di agensi adalah golongan B40 serta 1,675 klien direkodkan berusia dalam lingkungan usia 18-45 tahun dan statistik merekodkan antara faktor utama golongan ini mudah terjerumus semula dengan dadah adalah masalah kemiskinan serta tekanan hidup.

“Program ini memberikan impak positif apabila 80% peratus klien AADK di seluruh negeriĀ iniĀ patuh dan memberi komitmen melaporkan diri dan menjalani sesi kauseling,ā€ ujarnya ketika turun padang sempena Program Sentuhan Prihatin, di sini baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Pegawai Daerah Jasin merangkap pengerusiĀ Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Jasin Datuk Anis Ali Hasan, turut menekankan agar program seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap dan diadakan secara kerjasama di antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan memandangkan ramai antara klien-klien ini hilang sumber pendapatan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.

~RJ~

Tinggalkan komen anda