Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pengunjung, Peniaga Tamu Manggatal Daftar Terima Vaksin

By 31 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Janifer Stanis/Marusin Minudin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Kerinduan terhadap suasana meriah pasar tamu sebelum pandemik COVID-19 melanda menyebabkan para peniaga dan pengunjung Tamu Pekan Menggatal bersemangat mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menerusi Ā aplikasi MySejahtera.

Salah seorang peniaga, Mardea Poliang, 41, berkata dia berasa lega setelah berjaya mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Saya bersyukur kerana berjaya mendaftar sebagai penerima vaksin dalam program ini memandangkan sebagai peniaga, saya sentiasa terdedah dengan jangkitan yang boleh menyebabkan saya dijangkiti atau menjangkiti pembeli.

ā€œPada mulanya saya fikir imunisasi ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja, tetapi selepas mendengar hebahan dan penerangan yang diberikan oleh kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) barulah saya tahu bahawa pemegang pasport seperti saya juga boleh mendaftar,ā€ ujarnya yang ditemui di pasar tersebut, di sini baru-baru ini.

Bagi salah seorang penduduk kampung yang hadir ke program berkenaan, Fredoline, 65, berkata, dia tidak sabar untuk ā€˜bebas’ daripada pendemik COVID-19.

“Selepas lebih setahun hidup dalam ‘ketakutan’, saya melihat program pemberian vaksin ini sebagai harapan baru untuk saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya berterima kasih kepadaĀ JaPenĀ Sabah yang menganjurkan program ini kerana ia membantu kami mendaftar memandangkan agak sukar membuat pendaftaran di sesetengah perkampungan di sini kerana ada dalam kalangan masyarakat yang tidak menggunakan telefon pintar selain tiada liputan talian telefon dan internet yang baik.

“Sebaik sahaja dimaklumkan ada kaunter pendaftaran dibuka semasa Tamu di Pekan Inanam pada minggu lalu, saya terus mendaftarkan diri dan hari ini saya datang sekali lagi untuk mendaftarkan isteri pula,” kongsinya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengerusi Tamu Pekan Manggatal, Renddy@Kimus Onsih, 57, berharap para peniaga di tamu berkenaan mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk mendaftar bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

“Tamu adalah medan pertemuan orang ramai untuk membeli keperluan harian, oleh itu saya berharap para peniaga menjalankan tanggugjawab mendaftar sebagai penerima vaksin bagi keselamatan diri dan juga pelanggan.

“Saya akan memastikan lebih 900 orang peniaga yang berada di bawah jagaan saya untuk mendaftar demi kebaikan bersama,” tegasnya.

 

Mardea Poliang

Mardea Poliang

-RI

Tinggalkan komen anda