Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Negeri Beri Sumbangan RM2 Juta Baiki Wisma Radio

By 1 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jeanne J Som/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 1 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan Sabah menyumbang RM2 juta bagi pembaikan bangunan lama Wisma Radio Sabah di Bukit Nenas Jalan Tuaran.

Bangunan yang didirikan sejak tahun 1962 itu mempunyai nostalgia kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor, yang mana beliau pernah bertugas sebagai juruhebah pada tahun 1976.

“Selain meninggalkan beribu kenangan kepada mereka yang pernah bertugas di situ, wisma itu juga ada nilai sejarah kerana pernah digunakan oleh Suruhanjaya Cobbold sebagai ibu pejabat sementara pada Februari 1962.

“Dengan peranan RTM yang terus relevan dalam membantu menyampaikan maklumat dan agenda kerajaan kepada rakyat, adalah menjadi harapan agar warga penyiaran stesen ini perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan tuntutan teknologi baharu masa kini,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 RTM dan ke-60 Orkestra RTM serta logo baharu RTM dan stesen radio RTM Peringkat Negeri Sabah.

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Hajiji (kanan) dan Nor'ain (kiri).

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Hajiji (kanan) dan Nor’ain (kiri).

Dalam pada itu, beliau menjelaskan RTM adalah antara media utama yang menjadi rujukan rakyat untuk mendapat perkembangan rasmi dan terkini mengenai pandemik COVID-19.

“RTM tidak putus-putus menyiarkan program berbentuk Pesanan Khidmat Awam, Infografik, Berita dan Bual Bicara supaya rakyat memahami kepentingan menjaga kesihatan dan pematuhan SOP”, ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah RTM Sabah Nor’ain Bakir, mantan kakitangan RTM Datuk Gan Poh Tiau dan Datuk Claudius Sundang Alex serta warga Jabatan Penyiaran Sabah.

Hajiji tertarik dengan hasil mural di sekitar bangunan RTM Sabah yang turut menceritakan perubahan semasa era penyiaran dari sistem analog ke teknologi digital.

Hajiji tertarik dengan hasil mural di sekitar bangunan RTM Sabah yang turut menceritakan perubahan semasa era penyiaran dari sistem analog ke teknologi digital.

-RI

Tinggalkan komen anda