Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Projek Akuaponik Bantu Jana Pendapatan Komuniti Rukun Tetangga

By 4 April 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat/Muhammad Isa Ariffin (Kluang)

KLUANG, 04 April (Malaysiaaktif) – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Intan 2 Kluang memulakan aktiviti penanaman sayuran di dalam 40 kotak polisterinĀ dengan hanya bermodalkan RM2,500 dan kini mereka mempunyai aset bernilai puluhan ribu ringgit dalam menjana ekonomi setempat melalui sistem akuaponik.

Ahli Jawatankuasa (AJK) KRT Taman Intan 2 Kluang telah berjaya menggunakan tanah di kawasan Balai Raya Taman Intan 2 yang berkeluasan lebih kurang 0.6 ekar untuk projek ekonomi meraka.

Menurut Pengerusi KRT Taman Intan 2 Ramli Tawil, idea ini tercetus pada tahun 2016 hasil dari perbincangan AJK yang mana mereka kemudiannya mencari sepuluh orang wakil komuniti yang berminat untuk menjadi peserta projek.

ā€œSetelah mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah Kluang, bermula dari pertengahan tahun 2016 sehingga tahun 2020 kami telah membuka dua buah kolam ikan talapia merah dan ikan gupiĀ untuk projek akuaponik serta kebun sayur yang ditanam secara fertigasi dan sistem hidroponik di dalam kawasan balai raya ini.

Projek tangki pintar yang memenangi Naib Johan bagi Anugerah Projek Inovasi Rukun Tetangga Terbaik Peringkat Kebangsaan.

Projek tangki pintar yang memenangi Naib Johan bagi Anugerah Projek Inovasi Rukun Tetangga Terbaik Peringkat Kebangsaan.

“Terdapat juga tabung teknik filem nutrienĀ (NFT) dengan 2,500 lubang pot yang ditanam dengan pelbagai jenis sayuran, 200 polibegĀ tanaman secara fertigasi terbuka, tanaman bunga dan 50 jenis tanaman herba untuk jualan benih,” katanya lagi ketika ditemui di Balai Raya Taman Intan 2, di sini semalam.

Tambah beliau, jika para penduduk inginkan sayur-sayuran yang segar dengan harga berpatutan, mereka akan datang ke balai raya pada pagi Jumaat untuk memetik sendiri sayur-sayuran yang mereka inginkan di tapak hidroponik ini untuk ditimbang.

“Pelbagai jenis sayur-sayuran terdapat di sini termasuklah bayam brazil, kangkung dan sawi.

“Untuk pemasaran hasil ekonomi KRT, pasar pagi akan diadakan di perkarangan balai raya pada setiap pagi Jumaat dengan kerjasama dari Pusat Pengumpulan Hasil Tani Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Kluang dan tapak geraiĀ turut dibuka di Pasar Tani Taman Intan pada setiap hari Rabu,” ujarnya lagi.

Ramli berkata melalui projek ekonomi KRT ini, pulangan hasil yang diterima sangat memberangsangkan di mana keuntungan bersihnya sebanyak RM6,320.10 diterima pada tahun lepas.

“Memandangkan projek ekonomi ini bertujuan untuk membantu komuniti setempat, keuntungan yang diperolehi telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu tabung KRT, tabung ekonomi, para peserta projek dan tabung amal,” katanya.

KRT Taman Intan 2 telah memenangi Johan Anugerah Projek Ekonomi Rukun Tetangga Terbaik dan Naib Johan bagi Anugerah Projek Inovasi Rukun Tetangga Terbaik Peringkat Kebangsaan bagi Projek Agro Tani baru-baru ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda