
Foto: KKMM
PUTRAJAYA, 21 April (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan dakwaan pihaknya mengeluarkan arahan mewajibkan semua kakitangan KKMM untuk ‘like’ dan ‘share’ akaun media sosial YB Menteri dan Tindakan Menteri.
“KKMM ingin menafikan dakwaan tersebut.
“Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh YB Menteri berkaitan perkara Ini,” menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi KKMM juga sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangan mereka bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial.
-ZS