Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Operasi Pemindahan Tahanan Etnik Rohingya Berjalan Lancar

By 3 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis) 

KUALA PERLIS, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 517 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang ditahan di Kem Wawasan Negara Langkawi Kedah dipindahkan ke depot Imigresen Sementara Sungai Bakap Pulau Pinang dan Bidor Perak dengan menaiki lori serta bas milik Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud, operasi ini melibatkan 26 orang Pegawai Jabatan Imigresen dan dibantu oleh 246 orang anggota daripada agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Mereka telah ditahan dan ditempatkan di Kem Wawasan Negara Langkawi sejak April tahun lalu kerana memasuki perairan negera secara tidak sah yang mana sepanjang tempoh penahan ini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 di laporkan,” katanya ketika ditemui selepas Program Pemindahan Tahanan Etnik Rohingya di Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, sebagai langkah keselamatan proses saringan COVID-19 telah dilaksanakan ke atas semua tahanan sebelum mereka dipindahkan di mana keputusan yang diperolehi adalah berstatus negatif.

“Sehingga kini tiada cubaan PATI etnik Rohingya memasuki negara ini disebabkan kawalan ketat dan tindakan penguatkuasaan oleh anggota keselamatan di sempadan negara sama ada laluan laut dan darat,” ujarnya.

Beliau berkata, apabila PATI etnik Rohingya ini ditahan, pihak kita mahu mesej mereka ditahan di negara ini diterima rakan-rakan mereka yang berada di Kem Pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.

“Oleh sebab itu, dalam tempoh ini tiada lagi cubaan untuk datang ke negara ini kerana jika mereka meneruskan hasrat untuk memasuki negara ini secara haram, mereka akan terus ditahan oleh anggota keselamatan,” ujarnya lagi.

JIM turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh penempatan sementara PATI etnik Rohingya di kem ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda