Skip to main content
Berita UtaraKedahMA

Lawatan MB Kedah ke PKOB Sik

By 4 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Mohd Tarmizi (Sik)

SIK, 04 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor membuat lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Sik, bertempat di Dewan Wawasan Gemilang, di sini semalam.

Menurut Sanusi, semua pejabat daerah di negeri ini dijadikan PKOB bagi menyelaras sebarang keperluan dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menyelaras pergerakan penghantaran barang bantuan.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas jabatan, agensi serta sukarelawan di atas dedikasi serta kerja keras dalam mengendalikan PKOB sepanjang PKP fasa pertama ini.

“Saya juga ingin mengingatkan semua petugas-petugas di PKOB supaya dapat mengekalkan kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya dapat menjadi ikutan serta contoh kepada masyarakat.

“Pematuhan orang ramai terhadap pematuhan SOP perlu ditekankan agar dapat kita putuskan rantaian COVID-19 serta mengawal penularan virus ini,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Sanusi turut menyampaikan sumbangan untuk PKOB Daerah Sik kepada Pegawai Daerah Sik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Mahamad Suhaimi Man.

Sementara itu, menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Haji Shamsul Izrin Isahak, sepanjang tempoh perlaksanaan PKP 3.0, sebanyak 190 bakul makanan telah diedarkan kepada 190 keluarga yang terputus bekalan termasuklah kepada 130 keluarga yang menjalani kuarantin.

Tambahnya lagi, sekiranya ada keluarga yang terputus bekalan makanan, bolehlah menghubungi PKOB. Semua permohonan akan disenarai utamakan oleh PKOB sebelum dihantar ke JKM.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Sik, Shamsul Izrin Isahak (kiri sekali) menerangkan pengoperasian PKOB kepada Menteri Besar.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Sik, Shamsul Izrin Isahak (kiri sekali) menerangkan pengoperasian PKOB kepada Menteri Besar.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin di peringkat kampung dan komuniti serta JPKK untuk memaklumkan kepada PKOB sekiranya terdapat keluarga yang terputus bekalan makanan atau terkesan dengan COVID-19 ini,” katanya ketika hadir sempena lawatan MB Kedah ke PKOB Sik semalam.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri juga telah meluluskan sebanyak 2000 bakul makanan untuk diedarkan kepada golongan sasar dalam tempoh PKP ini.

“Menteri Besar juga berharap agar tiada rakyat di Sik yang terputus makanan dalam tempoh terdekat ini,” ujarnya lagi mengakhiri perbualan.

~RJ~

Tinggalkan komen anda