
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan semalam menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif jangkitan di dalam negara berjumlah 662,457 orang setakat ini.
Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,523 orang diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323).
Selain itu, Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) dan Perlis (satu).
— BERNAMA