Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Boleh Belajar daripada Pengalaman Syarikat Swasta dalam Perkongsian Data

By 1 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: CyberSecurity Malaysia

PUTRAJAYA, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan boleh belajar daripada pengalaman syarikat telekomunikasi swasta dalam melaksanakan perkongsian data dan mendemokrasikan data untuk kegunaan rakyat dengan cara yang lebih baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata Malaysia perlu memandang kehadapan dalam mengukuhkan usaha menangani keselamatan siber bagi membolehkan negara mempercepatkan kemajuan teknologi, terutamanya perkongsian data.

“Di sini, saya melihat Telekom Malaysia Bhd (TM) dan pihak-pihak lain juga boleh membantu kerajaan. Namun, ini tentulah akan diterima oleh sesetengah pihak dengan lega apabila mereka tahu soal keselamatan siber negara terjamin,” katanya semasa majlis permeteraian kerjasama antara CyberSecurity Malaysia dan TM yang diadakan secara maya, hari ini.

Saifuddin berkata Malaysia sememangnya mempunyai pengalaman dalam kalangan pihak swasta yang mana mereka berupaya untuk menghasilkan data, berkongsi data serta mengoptimumkan penggunaan data bukan sahaja untuk kegunaan rakyat, malah bagi keuntungan syarikat itu sendiri.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda