Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PPV Benut Mula Beroperasi

By 1 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hirsham Azmi (Pontian)

BENUT, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Benut Pontian mula beroperasi hari ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad, kumpulan sasar di kalangan para penduduk DUN Benut akan menerima vaksin di PPV ini yang mana dijangkakan seramai 500 orang akan menerima dos suntikan pertama yang melibatkan para penerima fasa dua.

“Saya akan pastikan lebih ramai rakyat di negeri ini khususnya para penduduk di DUN Benut menerima suntikan dalam masa yang terdekat bagi memastikan matlamat mewujudkan imuniti berkelompok dapat dicapai,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan kerja ke PPV Dewan Serbaguna Benut Pontian, di sini hari ini.

Menteri Besar Johor tiba di PPV Dewan Serbaguna Benut Pontian sempena lawatan kerja beliau di sini.

Menteri Besar Johor tiba di PPV Dewan Serbaguna Benut Pontian sempena lawatan kerja beliau ke sini.

Seorang warga emas yang ditemui, Becik Delima, 84, berkata pembukaan PPV ini memudahkan para penduduk di sini terutama golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Masyarakat di sini tidak perlu pergi ke Bandar Pontian untuk mendapatkan suntikan memandangkan di Benut telah mempunyai kemudahan PPV.

“Saya berharap agar semua masyarakat di luar sana akan tampil mendaftarkan diri untuk menerima suntikan kerana tiada apa yang perlu ditakutkan,” ujarnya.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menyokong dan membantu kerajaan dalam memerangi wabak ini dan memastikan negara bebas dari pandemik COVID-19.

-NI-

Tinggalkan komen anda