
Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
Langkawi, 6 Jul (Malaysiaaktif) â Syarikat pengeluar air mineral tempatan, MC Gemilang (Natural Water) Sdn Bhd bersama rakan-rakan niaga melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan pelitup muka dan air mineral kepada penduduk di pulau ini.
Pegawai Daerah Langkawi Saiful Anwar Azmi, berkata sumbangan daripada penyumbang-penyumbang ini amat bererti kepada penduduk di daerah ini.
“Saya amat berterima kasih kepada para penyumbang yang memberi sumbangan barangan seperti pelitup muka dan air mineral kepada penduduk di sini.
âSebanyak 24 ribu botol air mineral dan 500 ribu pelitup muka disumbangkan oleh para penyumbang yang terdiri daripada MC Gemilang, Teoh Cheng King dan beberapa syarikat daripada negara China,â ujarnya ketika ditemui sempena penyampaian sumbangan tersebut di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, di sini hari ini.
Menurut Saiful, selaku Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Langkawi beliau amat mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat-syarikat atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menyampaikan sumbangan kepada rakyat di Langkawi.
“Saya amat berterima kasih kepada para penyumbang terutamanya kepada Kerajaan China atas keprihatinan terhadap rakyat di negara kita,” katanya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif MC Gemilang (Natural Water) Sdn. Bhd Simon Wong, pula berkata sumbangan air mineral sebanyak 24 ribu botol ini hanya untuk rakyat di Pulau Langkawi agar mereka dapat menikmati air mineral untuk kesihatan.
âPihak kami bersama rakan-rakan niaga yang lain menyampaikan sumbangan seperti pelitup muka kepada masyarakat agar dapat digunakan dalam usaha untuk mencegah penularan virus COVID-19 dan bukannya untuk mengelakkan diri dikenakan kompaun semata-mata malah ada juga memakai pelitup muka sehingga berminggu-minggu hanya kerana tidak mampu untuk mendapatkannya.
“Sebanyak sejuta unit pelitup muka telah disumbangkan oleh syarikat Jiuhe Zhongyuan (Guangzhou) Medical Technology Co. Ltd dan Guangdong Guokang Medicine Technical Research Center Co. di mana sebanyak 500 ribu diserahkan kepada PKOB Langkawi untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan serta kepada penduduk pulau ini yang akan diedarkan oleh Pejabat Penghulu dan Pengerusi JPKK manakala 500 ribu lagi akan diagihkan kepada Badan-Badan NGO di Daerah Langkawi.
~RJ~