Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Berjaya Tarik Pelaburan Bernilai RM9.5 Bilion Melalui ECERDC

By 7 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan) 

KUANTAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai RM9.5 bilion pada pertengahan pertama tahun 2021 melalui usaha Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan di laman media sosial rasmi Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, jumlah pelaburan ini melepasi sasaran asal Pelan Induk ECER 2.0 iaitu RM5.1 bilion untuk tahun 2021.Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES)

“Peningkatan pelaburan dijangka bakal mewujudkan 6,700 peluang pekerjaan baharu dan 170 peluang keusahawanan untuk rakyat di negeri ini.

“Pelaburan baharu yang bakal di bawa masuk ke negeri ini ialah daripada industri pembangunan tanah tinggi, penghasilan besi keluli dan pembuatan sarung tangan,” menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan, di sini kelmarin.

Tambahnya, dengan kerjasama Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) ia mampu memperkasakan Taman Automotif Pahang (PAP) sebagai Taman Perindustrian Automotif Hijau yang bakal menarik lebih banyak pelaburan dalam pembuatan kenderaan elektrik.

“Pembangunan industri tenusu negara juga akan turut diperkasakan sehingga mencapai tahap 40 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negara dengan perkembangan Lembah Tenusu ECER yang bakal dibangunkan di kawasan Pahang Barat.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama ECERDC amat komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negeri menghasilkan keuntungan yang bakal dinikmati oleh seluruh rakyat di negeri ini,” katanya.

Pengukuhan strategik bagi industri sedia ada dan pertambahan sektor-sektor pelaburan baharu juga berupaya meningkatkan keupayaan Pahang untuk terus maju.

“Pelan jangka panjang, sederhana dan pendek yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri diharap dapat mengukuhkan lagi ekonomi negeri ini dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Saya berharap golongan muda di negeri ini dapat memanfaatkan peluang-peluang yang telah disediakan oleh kerajaan negeri dengan sebaiknya,” katanya lagi.

-AH-

Tinggalkan komen anda