Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hospital Medan Mula Beroperasi

By 12 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Jannah Shamsol Anuar (Melaka)/FB Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Pembinaan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditangguhkan sebelum ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi semalam di Hospital Melaka.

Hospital Medan ini ditubuhkan berikutan peningkatan kes COVID-19 yang dilihat pada paras membimbangkan di negara ini begitu juga peningkatan kemasukan pesakit COVID-19 tahap 3, 4 dan 5 yang memerlukan rawatan lengkap dan rapi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, Hospital Medan ini mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 kategori 3 dan 4 sehingga 100 orang sehari.

Tinjauan Sulaiman Md Ali bersama Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka dan Pemangku Pengarah JKNM.

Tinjauan Sulaiman Md Ali bersama Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka dan Pemangku Pengarah JKNM.

“Saya sedia maklum berkenaan jumlah katil yang tidak cukup di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka dan keluhan kemasukan wad yang tidak dapat diberikan gara-gara sudah penuh, ini telah menimbulkan ketidakselesaan pada mereka yang mendapatkan rawatan.

“Justeru Hospital Medan ini akan memuatkan 75 katil pesakit dan maksimum 100 katil dan saya juga dimaklumkan pemindahan pesakit akan dilakukan dengan kadar segera secara berperingkat,” katanya ketika ditemui di Hospital Medan Melaka, di sini semalam.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan jabatan yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang penubuhan Hospital Medan Melaka ini .

-FF

Tinggalkan komen anda