Skip to main content
MA

Naik Motor Edar 300 Ekor Ayam

By 16 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M.Sulanah(LMS)/Pejabat Daerah dan Tanah LMS

KUALA SEPETANG, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Menteri, Mukim Matang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dibantu bagi meringankan beban menghadapi situasi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang Mohd Kamaruddin Abu Bakar, berkata sebanyak 300 bakul makanan keperluan asas disumbangkan Kerajaan Negeri Perak kepada penduduk Kampung Menteri yang dikenakan PKPD bermula 6 Ogos hingga 19 Ogos 2021.

Petugas-petugas yang hadir menyiapkan barang-barang agihan.

Petugas-petugas yang hadir menyiapkan barang-barang agihan.

“Edaran dilakukan oleh Kelab Belia Kampung Menteri seramai 15 orang termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Menteri mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Selain sumbangan keperluan dapur, program saringan bersasar bersama Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) juga akan dilaksanakan pada 16 Ogos bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang bagi menyaring setiap penduduk di kawasan ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Menteri, Mukim Matang di sini semalam.

Menariknya, gimik agihan penyerahan barang keperluan dilakukan menggunakan motosikal penjaja roda tiga diketuai Mohd Kamaruddin bersama Pegawai Daerah LMS Mohamed Akmal Dahalan di Pusat Kawasan Polis Kampung Menteri.

~RJ~

Tinggalkan komen anda