Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu COVID-19 Masih di Paras 19,000

By 18 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara yang dilaporkan semalam tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan kelmarin, apabila 19,631 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitter bagaimanapun berkata, jumlah itu berkurangan sebanyak 109 kes jika dibandingkan dengan 19,740 kes yang dicatatkan kelmarin.

“Angka dicatatkan hari ini (Selasa) menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara kini 1,444,270 kes,” katanya.

Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi berjumlah 5,753 kes, diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765) dan Johor (1,309).

Sementara itu, 1,275 kes direkodkan di Pulau Pinang, Kelantan (1,268), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37) manakala tiada kes baharu dilaporkan di Labuan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda