Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kempen Semarak Merdeka Hargai Petugas dan Penerima Vaksin

By 22 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis (Seremban)/Muhammad Luqmanul Hakim Azmi (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seremban melalui Program Sepakat@Komuniti telah bekerjasama dengan PPV Klinik Kesihatan Senawang bagi melaksanakan Kempen Semarak Merdeka.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan Klinik Kesihatan Senawang Dr. Harith Fadzillah Hamidun, seramai 500 orang menerima suntikan vaksin di sini.

“Jenis Vaksin yang diterima hari ini ialah Pfizer dan ada dalam kalangan mereka menerima dos pertama dan dos kedua.

Antara penerima vaksin yang sempat bergambar bersama kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

Antara penerima vaksin yang sempat bergambar bersama kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

“Kami sangat menghargai usaha kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Seremban ini kerana program ia bukan sahaja dapat memberi maklumat semasa kepada penerima vaksin, malah para petugas turut rasa dihargai selain dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan petugas dan penerima vaksin,” katanya ketika ditemui di PPV Klinik Kesihatan Senawang, di sini semalam.

Tambah beliau, jika rakyat boleh bersatu hati dan berusaha menzahirkan semangat cintakan negara, maka kita juga mampu bersatu untuk bersama-sama mengekang penularan wabak COVID-19 dengan patuh kepada SOP yang ditetapkan dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.

Mastura Rahman, 34, berkata beliau hadir hari ini untuk menerima vaksin dos kedua teruja kerana dapat mengambil bahagian dalam Kempen Semarak Merdeka ini.

“Saya sangat teruja dengan kahadiran unit bergerak PPD Seremban yang memainkan lagu-lagu patriotik sekaligus memecahkan kesunyian di PPV  ini.

“Selain lagu patriotik, hebahan berkaitan SOP, vaksinasi dan norma baharu turut dilaksanakan di samping edaran jalur gemilang, risalah dan poster kepada petugas dan penerima vaksin,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda