Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 dan Diesel Kekal

By 2 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.72 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh bermula hari ini hingga 8 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat, melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya, bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda