Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

30 Warga Setempat Terima Lesen Sempena SKSJ di Kemaman

By 24 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 24 April (Malaysiaaktif) – Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang berlangsung pagi tadi menyaksikan seramai 230 orang penduduk luar bandar berjaya mendapat lesen di daerah ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie, berkata program ini merupakan program jabatan yang diperkenalkan bermula pada tahun 2009 bertujuan memberi pendekatan dan kemudahan secara terus kepada masyarakat luar Bandar.

Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika hadir merasmikan program siang tadi.

Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika hadir merasmikan program siang tadi.

“Sehingga kini sebanyak 31 siri Program SKSJ telah dijalankan di negeri Terengganu di mana seramai 10,305 orang calon telah berjaya dilesenkan di dalam program ini.

“Melalui program ini warganegara Malaysia yang dikategorikan sebagai warga emas yang berusia 45 tahun ke atas di semenanjung Malaysia dan 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak manakala 21 tahun ke atas bagi masyarakat Orang Asli diberi peluang oleh JPJ untuk membantu mereka dalam mendapatkan Lesen Kelas B2 Motosikal,” katanya.

Nurzilawati Abd. Majid, 48, dari Kampung Labohan Kerteh, berterima kasih kepada kerajaan terutamanya jabatan JPJ kerana memberi peluang kepadanya untuk menyertai program ini.

“Bayaran sebanyak RM 180 sahaja berbanding RM 350-400 di sekolah memandu amat membantu mak cik dari segi kewangan dalam mendapatkan lesen motosikal ini,” katanya.

Sementara itu, Yusof Ismail, 71, salah seorang warga emas dari Kampung Mak Chili yang di ditemui sangat gembira setelah hajat untuk mendapatkan lesen motosikal B2 akhirnya tercapai.

“Saya nak ucap terima kasih kepada cikgu (Pegawai JPJ) yang ajar sampailah dapat lesen. Dengan adanya lesen ‘P’ ini saya naik motosikal pun rasa yakinlah sikit berbanding sebelum ini,” ujar Yusof.

Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) itu juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti pertandingan sepakan penalti, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta gerai-gerai jualan.

– SH

 

Tinggalkan komen anda