Lebih 3000 Warga UNIMAS Rai Majlis Retro Ngabang

WhatsApp Image 2018-07-05 at 1.24.38 PM

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

SAMARAHAN, 5 Jul (Malaysiaaktif)Lebih 3000 orang tetamu memeriahkan Majlis Retro Ngabang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berlangsung di Dewan Bankuet, DeTAR PUTRA, UNIMAS di sini hari ini.

Majlis ini dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selaku Canselor UNIMAS.

Abdul Taib (tiga dari kanan) dan  isteri (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Matjeraie (kiri sekali), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang (dua dari kiri) dan Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi (tiga dari kiri).

Abdul Taib (tiga dari kanan) dan isteri (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Matjeraie (kiri sekali), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang (dua dari kiri) dan Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi (tiga dari kiri).

Menurut Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, majlis Ngabang Raya UNIMAS 2018, merupakan acara universiti bagi meraikan sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri.

Antara lain majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, mengukuhkan ukhuwah dan menyemai nilai-nilai kekeluargaan dan persahabatan dalam kalangan warga UNIMAS.

“Ngabang Raya tahun ini bertemakan ‘retro’ dengan enam belas kediaman dibuka oleh Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) dan Fakulti-fakulti UNIMAS berusaha keras menghias dan menyediakan juadah bagi hidangan menarik untuk disajikan kepada para pengunjung.

“Saya berharap dalam kemeriahan sambutan pada pagi ini, semua warga universiti mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim tanpa mengira pangkat dan jawatan agar semangat kekeluargaan dan perpaduan UNIMAS sentiasa terpelihara selari dengan keharmonian negeri Sarawak yang kita nikmati selama ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya yang ditemui semasa majlis berlangsung.

Bagi memeriahkan majlis, antara aktiviti lain yang turut dijalankan, pertandingan Kumang UNIMAS, Keling UNIMAS, Raja Songket UNIMAS, Ratu Keringkam UNIMAS, Teratak Manah dan Glam Shoot Ngabang Raya 2018.

Turut hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri hari ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie serta isteri, warga kerja, serta pelajar-pelajar.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...