Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Tunku Azizah Hasilkan Karya Kulinari Pahang

By 6 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Dua buah buku resepi masakan sentuhan eksklusif Tengku Puan Pahang menjadi buah tangan buat seluruh rakyat Pahang diterbitkan dalam dwibahasa merangkumi juadah istimewa yang terpilih di negeri Tok Gajah.

Majlis pelancaran buku masakan yang menghimpunkan pelbagai aneka hidangan daripada 11 daerah di Pahang ditulis sendiri oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berjudul Masakan Tradisional Pahang dan Manisan Pahang mendapat sambutan apabila habis terjual sebanyak 2000 buah dalam tempoh kurang 1 jam.

Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj.

Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj.

 

Kompilasi resepi masakan Pahang itu mendapat sentuhan air tangan diraja terdiri daripada 284 masakan dan 292 manisan pencuci mulut telah diterbitkan oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) serta dijual dengan harga pasaran RM380 senaskah dilancarkan dengan penuh meriah serta simbolik.

 

“Inspirasi saya menghasilkan buku ini ialah Almarhum ayahanda yang berpesan supaya rakyat tidak nampak betapa cantiknya istana, tetapi betapa sedapnya masakan istana,” titah Tunku Azizah.

Puteri berjiwa rakyat itu turut berkongsi  pesanan ayahandanya supaya tidak membezakan antara santapan diraja dengan makanan yang dihidang untuk para pekerja supaya semuanya menikmati makanan yang sama. Selain itu, galakan dari ayahandanya untuk belajar memasak dan cara kehidupan di dapur supaya dapat menegur dan memerhati cara masakan sebenar menjadi sumber kekuatan untuk menghasilkan karya kulinari tersebut.

Proses dokumentasi dan komitmen yang diberi bagi menghasilkan buku tersebut menuntut baginda mencemar duli serta menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Pahang untuk memastikan resepi asal dipelihara. Tunku Azizah turut memuatkan masakan tradisi masyarakat orang asli di negeri itu dalam hasil karyanya.

Turut berangkat ke majlis pelancaran itu adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Ahmad Shah, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah dan Sultanah Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak  kelahiran Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) sempena Hari Keputeraan Tunku Azizah yang dihadiri lebih 1000 tetamu berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.

 Kejutan sempena sambutan Hari Lahir KYDTM Tengku Puan Pahang bersama keluarga.

Kejutan sempena sambutan Hari Keputeraan Tengku Puan Pahang.

Yayasan Fertiliti TAFF telah bekerjasama dengan 16 pusat fertiliti di seluruh negara dan telah membantu 495 pasangan bagi mendapatkan zuriat dan telah berjaya melahirkan seramai 115 cahaya mata melalui prosedur perubatan.

 

-KN

Tinggalkan komen anda