Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

KMJG2018 Daerah dan Kebangsaan Bergabung Semarakkan Bulan Kebangsaan

By 16 Ogos 2018Tiada komen3 minit bacaan
Laporan : Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)
Foto oleh: Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

KUALA PILAH, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya, tahun ini peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang ( KMJG ) Peringkat Daerah Kuala Pilah bergabung bersama-sama dengan KMJG Peringkat Kebangsaan di hentian terakhir iaitu di Kompleks Rakan Muda, Melang. Konvoi kembara dari peringkat kebangsaan pula singgah di Kuala Pilah bagi melengkapkan siri penjelajahan mereka ke seluruh negara sempena bulan kebangsaan.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrulnizam Salleh , tahun ini sebanyak 29 buah kenderaan, 121 peserta yang melibatkan 22 agensi menyertai konvoi yang bermula di Perkarangan Kompleks Kerajaan Kuala Pilah dan berakhir di Kompleks Rakan Muda. Kembara yang bermula pada awal pagi telah melalui beberapa lokasi yang dipilih dan menepati sasaran konvoi iaitu di Felda Kepis, Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling, Seri Menanti, Kg Kuala Serdang dan Pekan Kuala Pilah.

“Kami di peringkat daerah berbesar hati menerima kehadiran KMJG2018 peringkat kebangsaan sebanyak 56 buah kenderaan pada tahun ini, ia menjadikan pertemuan KMJG Kebangsaan dan KMJG Daerah sebagai KMJG yang berskala besar, ” ujarnya.

“KMJG Peringkat Daerah ini diadakan saban tahun, menjelajah ke seluruh pelusuk daerah Kuala Pilah bagi menggalakkan orang ramai bersama-sama terlibat dalam mengibarkan jalur gemilang sama ada di rumah, premis perniagaan, sekolah, pejabat kerajaan dan swasta bagi kita meraikan bulan kebangsaan negara pada setiap tahun,” tambahnya. Apa yang lebih unik, selain dari pertemuan 2 konvoi iaitu daerah dan kebangsaan, bagi memperkenalkan negeri beradat ini kepada peserta konvoi luar tahun ini kami turut menjemput dato’-dato’ penghulu adat di dalam daerah ini.”

Pegawai Daerah, Syahrulnizam Salleh menandatangani  Buku Autograf KMJG Kebangsaan.

Pegawai Daerah, Syahrulnizam Salleh menandatangani Buku Autograf KMJG Kebangsaan.

Syahrulnizam juga berharap agar semua rakyat Malaysia terutama warga Kuala Pilah dapat sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Dalam pada itu, Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling , Nor Azhana Ramli, mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memilih sekolah beliau sebagai salah satu persinggahan KMJG Daerah pada kali ini. Ia merupakan pengalaman baru untuk murid-murid di sekolah ini.

“Murid-murid nampak teruja dengan kehadiran KMJG Daerah Kuala Pilah. Ini dapat dilihat dengan nyanyian dan sorakan yang bersemangat dari mereka. Di samping itu pihak sekolah juga berbesar hati untuk melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Karnival Pendidikan dan Kerjaya SMK Senaling,” katanya.

Peserta konvoi Mahadi Abd Razak berkata, ini merupakan tahun kedua beliau menyertai Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Pilah.
“Saya dan rakan-rakan merasa teruja apabila tiba di setiap hentian. Kami disambut dengan pelbagai acara untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan. Dari kanak-kanak tabika , pelajar sekolah sehingga warga emas menyambut kedatangan kami. Ia bukan sahaja menaikkan semangat kemerdekaan dalam diri kami malah seolah-olah kami menjadi duta kecil kepada masyarakat,” ujarnya ketika ditemui wartawan Malaysia Aktif.

Majlis dirasmikan oleh Sabarudin bin Yeop Hamza, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan yang mewakili Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Shazlee Shith.

-KN

Tinggalkan komen anda