
laporan : Nurul Azreen dan Khairun Nadiah
Foto : Foto KMJG2018
SHAH ALAM 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian MyMerdeka ‘Sayangi Malaysiaku’ Yang bertempat di Mydin USJ, Subang Jaya.
Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Penerangan, Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin serta para peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG2018).
Majlis telah berlangsung cukup meriah dengan persembahan pembukaan oleh artis Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mendendangkan beberapa buah lagu patriotik antaranya, Pewira, Malaysia, dan Aku Negaraku.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh ADUN, Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze yang menyentuh topik Semangat Patriotisme dalam kalangan masyarakat dan sekaligus merasmikan Program MyMerdeka ‘Sayangi Malaysiaku’.
“Program MyMerdeka ini adalah salah satu inisiatif dalam meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Sambutan Bulan Kebangsaan”
Antara organisasi yang turut menyertai program ini adalah, Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Bahagian Komunikasi Visual Senireka (BKVS), Jabatan Penerangan Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Majlis diakhiri dengan pelepasan para peserta konvoi KMJG2018 yang telah dilakukan oleh Michelle Ng Mei Sze dalam kiraan lima, konvoi KMJG2018 terus bergerak ke destinasi seterusnya.