Pastikan Peranan BSMM Dirasai Rakyat

IMG-20180818-WA0012

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

SANDAKAN, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Cabaran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) khususnya di daerah ini dan pada masa hadapan adalah untuk memastikan peranan persatuan itu benar-benar dirasai oleh rakyat.

Sekitar majlis pembukaan kapsul

Sekitar majlis pembukaan kapsul

Penasihat BSMM, Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang Su Ping berkata, setelah 70 tahun berkhidmat demi kepentingan dan matlamat asas BSMM, beliau percaya kemantapan dalam bidang kemanusiaan persatuan tersebut sangat kukuh.

“Walau apa pun perkembangan, pembangunan dan cabaran yang dihadapi, satu perkara dan gambaran yang harus kita bangga adalah mendapat kepercayaan dan keyakinan dari masyarakat setempat.

Barangan yang dikeluarkan daripada kapsul

Barangan yang dikeluarkan daripada kapsul

“Justeru, saya menyeru semua warga BSMM untuk mengambil segala langkah yang perlu untuk melatih, mendidik, membentuk dan mempersiap segenap lapisan rakyat untuk memainkan peranan memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Menggembleng tenaga, pengetahuan, kekuatan dalaman dan keupayaan yang optima melalui semangat kerja berpasukan adalah perlu dalam melaksanakan tindakan proaktif mendekati rakyat,”jelasnya.

Dokkumen yang dikeluarkan daripada kapsul.

Dokkumen yang dikeluarkan daripada kapsul.

Beliau yang juga mantan ADUN Kemunting berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Pembukaan Kapsul dan Galeri sempena Sambutan Ulangtahun BSMM kali ke 70 di Pusat BSMM, pada Sabtu.

Para jemputan ketika lawatan ke galeri.

Para jemputan ketika lawatan ke galeri.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi daerah, Chung Kim Hen berkata sudah tiba harinya sebuah kapsul yang mengandungi dokumen-dokumen akan dikeluarkan selepas 20 tahun ditanam.

“Kami juga akan melancarkan Pembukaan Galeri BSMM Sandakan yang telah di wujudkan sejak tahun lalu dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa.

Pusat BSMM lokasi kapsul ditanam pada 20 tahun lalu.

Pusat BSMM lokasi kapsul ditanam pada 20 tahun lalu.

“Dengan adanya galeri ini, semua pihak terutamanya warga BSMM dapat mendedahkan semangat dan budaya persatuan kepada umum.

“Ia juga diwujudkan sebagai pusat tumpuan informasi dan di harap ianya dapat dinaik taraf menjadi destinasi tumpuan pelancong ke daerah ini,”katanya.

Charles bergambar kenangan bersama ahli-ahli BSMM

Charles bergambar kenangan bersama ahli-ahli BSMM

Turut hadir, Bendahari Kebangsaan, Hakim Hamzah; Pengerusi BSMM Sabah, Aznan Chung; Pengerusi BSMM Sandakan, Josie Pang; Penasihat dan Mantan Pengerusi BSMM Labuan, Anuar Tan dan Pengarah BSMM Labuan, Christine Mungge.

 

 

-FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...