Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Bantu Masyarakat Dengan Sertai BSMM

By 19 Ogos 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Oleh: Azman Jumat(Sabah)

SANDAKAN, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Menjadi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) selama 30 tahun membuka peluang kepada Mohd Saiful Seman, 38 untuk membantu masyarakat serta menimba pelbagai pengalaman.

Saiful telah 30 tahun menyertai BSMM

Saiful telah 30 tahun menyertai BSMM

“Saya sememangnya sudah menjadi ahli persatuan BSMM sejak di sekolah rendah dan seterusnya menyambung keahlian di sekolah menengah sehinggalah menghabiskan zaman belajar.

“Saya berminat menyertai persatuan ini kerana kelainannnya yang mempunyai bahagian dan pengurusan bencana serta khidmat komuniti dan sosial.

“BSMM juga menganjurkan banyak program bersama masyarakat seperti kempen derma darah, dan itu menjadi salah satu faktor mengapa saya berminat dengan persatuan ini yang lebih dekat dengan masyarakat,” jelasnya.

Antara penerima pingat

Antara penerima pingat

Saiful merupakan salah seorang penerima Pingat Kebaktian Terpilih pada Majlis Sambutan Hari Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri Sabah pada ahad.

Mengulas lanjut menurut Saiful, sepanjang 30 tahun menyertai BSMM, dia tidak pernah melupakan pengalaman ketika bertugas mengetuai rombongan ke Operasi Daulat di Lahad Datu.

“Kami bertugas di Felda Sahabat dalam kawasan zon merah selama empat bulan, dan tidak dibenarkan untuk keluar sewenang-wenangnya daripada kawasan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

IMG-20180819-WA0027

“Semasa menerima makluman untuk bertugas di sana, kami sememangnya teruja tetapi dalam masa yang sama juga turut risau terutama sekali dengan keselamatan kami. IMG-20180819-WA0021

“Selain daripada khidmat ambulans, kami juga menyediakan makanan berkelompok kepada 7000 orang dan Alhamdulillah kami mempunyai logistik yang cukup untuk memasak dan menyediakan makanan kepada semua,”ujarnya yang juga telah menerima Pingat Perkhidmatan Lama dan Pingat Jasa Terpuji.

IMG-20180819-WA0025
Saiful turut berharap agar golongan muda melibatkan diri dengan persatuan supaya dapat mendisiplinkan diri dan dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Program yang dijalankan di Kompleks Sukan Sandakan tersebut dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tien Fatt mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Stephen ketika menyempurnakan gimik perasmian.

Stephen ketika menyempurnakan gimik perasmian.

Dalam ucapannya Stephen berkata, kerajaan negeri sentiasa membuka ruang, peluang dan menyokong sepenuhnya semua program kesukarelawanan.

“Pelbagai jenis organisasi kesukarelawanan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelesaikan masalah-masalah sosial serta membantu golongan yang kurang bernasib baik dan terpinggir.

Stephen ketika menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan

Stephen ketika menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan

“Saya berasa gembira kerana BSMM menjadi salah satu badan ‘auxiliary to government’ yang sentiasa ada di mana juga untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Saya melihat sambutan ini mampu menjadi satu bentuk penghargaan kepada semua sukarelawan di seluruh negeri Sabah,” ujarnya.

Stephen juga percaya BSMM mampu menjadi satu badan sukarela yang cukup disegani bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat kebangsaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kontinjen UiTM yang tampil juara dalam acara perbarisan

Kontinjen UiTM yang tampil juara dalam acara perbarisan

Lebih 1500 kehadiran ahli-ahli BSMM dari seluruh negeri pada sambutan kali ini, dengan 15 cawangan telah menghantar kontijen untuk menyertai perbarisan.

Dengan kekuatan seramai 32 orang, kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) tampil menjadi juara diikuti kontinjen Penampang di tempat kedua dan kontinjen Tenom di tempat ke tiga.

IMG-20180819-WA0028

Penyampaian Anugerah Pingat Perkhidmatan Lama dan Pingat Jasa Terpuji juga turut disampaikan kepada ahli-ahli yang sekian lama berkhidmat dalam BSMM.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengerusi BSMM Sabah, Asnan Yunus Chung; Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giau; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Ariffin Asgali; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Arunarsin Taib, Bendahari Kehormat Kebangsaan, Hakim Hamzah, Pengarah BSMM Sabah, Simon Chin dan Pengerusi BSMM Sandakan, Josie Pang.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda