Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Bubur Leluai Keistimewaan Masyarakat Melanau

By 25 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Kaum Melanau di Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan tradisi seperti Umai, Sago, Linut, Tabaloi, Tetebih, Serabai,  dan lain-lain. Salah satu juadah tradisi yang jarang diketuhui adalah Bubur Leluai, juadah ini merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Melanau yang boleh dinikmati di Mukah.

Bubur Leluai merupakan juadah yang digemari oleh masyarakat tempatan disini dan ianya masih lagi diperkenalkan kepada orang luar dan generasi muda agar makanan tradisi ini dapat dikekalkan. Penydiaanya juga sangat mudah disamping bahan-bahan yang digunakan mudah untuk diperolehi.

 Sarawak Agrofest 2018 akan berlangsung hingga 28 Oktober ini

Sarawak Agrofest 2018 akan berlangsung hingga 28 Oktober ini

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bubur ini sangat ringkas antaranya adalah kelapa Muda, air kelapa, gula apong, sagu dan daun pandan sebagai perisa, manakala cara-cara penyediaanya sangat mudah dengan masakkan air kelapa yang dicampur dengan gula apong dan daun pandan hingga mendidih dan seterusnya masukan sago sehingga menjadi bubur leluai.

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui Diana Abdullah berkata, “bubur ini sangat unik dan tidak ada terdapat ditempat lain melainkan di Mukah dan rasanya memang  sedap untuk dimakan kerana ia mempunyai aroma yang sangat istimewa gabungan air kelapa dengan gula apong”. Katanya.

Masinah Parish sedang menunjukan cara penyediaan Bubur Leluai sambil di saksi oleh pengunjung yang hadir

Masinah Parish sedang menunjukan cara penyediaan Bubur Leluai sambil di saksi oleh pengunjung yang hadir

Wartawan berkesempatan bertemu Hajah Masinah Parish daripada kampung Medong Dalat untuk bercerita lebih mengenai jualan bubur Leluai beliau di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching bersempena program Sarawak AgroFest baru-baru ini.

Sarawak Agrofest 2018 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak berlangsung dari 20 hingga 28 Oktober 2018 ini berjaya menghimpunkan seramai 40 usahawan Sarawak Kitchen dan 70 usahawan Agrosales dengan pelbagai produk tempatan dan tradisional. Di samping itu, pelbagai jenis haiwan ternakan dan rumah burung walit serta haiwan daripada spesis dilindungi dipamerkan kepada pengunjung.

-ER

Tinggalkan komen anda