Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurPutrajayaSelangorViral

Sindiket Penipuan Minta Nombor TAC Bank

By 25 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

SHAH ALAM, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik terbaru sindiket yang bergiat aktif mencari dan menipu mangsa menerusi modus operandi transaksi perbankan atas talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Harjinder Kaur berkata, pihaknya mengesahkan kewujudan sindiket terbabit.

Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan taktik terbaru sindiket yang bergiat aktif mencari dan menipu mangsa menerusi modus operandi transaksi perbankan atas talian

Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan taktik terbaru sindiket yang bergiat aktif mencari dan menipu mangsa menerusi modus operandi transaksi perbankan atas talian

Katanya, pengguna akan mendapat  nombor ‘Type Allocation Code’ (TAC) dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) sedangkan pengguna tidak membuat apa-apa transaksi sebelum itu.

Menurutnya, geng sindiket kemudian akan menghubungi mangsa sama ada menerusi SMS, mesej WhatsApp atau panggilan WhatsApp dan memberitahu kononnya tersilap daftar nombor telefon untuk akaun banknya.

“Suspek akan minta no TAC yang diterima mangsa dengan alasan untuk betulkan kembali butiran akaun banknya. “Sindiket akan guna macam-macam alasan untuk nampak keadaan mereka terdesak selain guna nombor telefon berlainan setiap kali hubungi mangsa,” katanya.

Antara alasan diberi adalah untuk membetulkan nombor telefon yang salah daftar, membatalkan pinjaman bank datuk atau nenek mereka atau perlu keluarkan duit untuk bayar bil hospital datuk dan nenek mereka.

Polis dalam pada itu mengingatkan pengguna supaya tidak memberi nombor TAC kepada sesiapa sahaja. “Mangsa perlu tukar kata laluan perbankan atas talian dengan segera dan hubungi pihak bank jika dapati duit dalam akaun mereka berkurangan,” katanya. – Sinar Harian

-ER

Tinggalkan komen anda