Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Mersing Kawasan Gunung Berapi Aktif, 300 Juta Tahun Lalu

By 31 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi / Mohd Hanif Ahmad

MERSING, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Daerah Mersing telah dicalonkan sebagai Geopark Kebangsaan Terbaik oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan berdasarkan keistimewaan (warisan) geologi dan landskap serta kehidupan komuniti setempatnya baru-baru ini.

Daerah Mersing memenuhi kateria geopark untuk diangkat sebagai Geopark terbaik antaranya satu wawasan pembangunan lestari wilayah yang memberi tumpuan kepada pembangunan seimbang antara pemuliharaan warisan alam (geologi) yang bernilai di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Alwiyah Talib, ketika menyampaikan ucapan perasmian

Alwiyah Talib, ketika menyampaikan ucapan perasmian

Pembanguann Mersing juga telah dilakukan bersama kawasan pemulihaaran marin DiRaja Iskandar bagi memastikan kekayaan biodiversiti marin,warisan geologi unik dan berkepentingan antarabangsan turut dipulihara dan memberi faedah masyarakat tempatan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Mohd Zukeri Abdul Ghani, cadangan Geopark Mersing telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang diadadakan pada 8 Disember 2017  dan akan dibangunkan pada tahun 2018-2019.

“InsyaAllah dengan komitmen dan kerja keras khususnya daripada rakyat Mersing, impian menjadikan Mersing sebagai pusat Geopark Kebangsaan akan terlaksana” kata beliau dalam ucapan aluan sempena Program Promosi dan Kesedaran Geopark Kepada Komuniti Pendidikan Mersing bertempat di SMK Sri Mersing yang terpilih menjadi Sekolah Angkat Geopark pertama di Johor.

Antara jenis batuan yang terdapat di Mersing.

Antara jenis batuan yang terdapat di Mersing.

Guru di SMK Sri Mersing, Abdul Aziz Othman, 52, berkata “Pemilihan SMK Sri Mersing adalah sangat tepat kerana kedudukan sekolah yang strategik iaitu di tepian pantai, berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan struktur asas bangunan disamping faktor sekolah ini masih kekal dan ia merupakan antara sekolah terawal disini yang telah dibina sejak 1950.

Salah seorang pelajar SMK Sri Mersing  yang ditemui wartawan, Alia Madihah Zulhazmi 15, berkata “program ini memberikan informasi kepada para pelajar tentang ilmu geologi terutama di Mersing yang dikenalpasti mempunyai geotapak yang batuannya terhasil daripada kesan gunung berapi disamping warisan biologi dan budaya yang boleh dijadikan rujukan sama ada di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.”

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Endau, Alwiyah Talib dalam ucapan perasmiannya menyatakan rasa teruja beliau dengan fakta yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bahawa 300 juta tahun dahulu, Mersing merupakan kawasan gunung berapi yang aktif. Kenyataan ini disokong oleh jenis batuan yang terdapat  mendasari bumi Mersing.

Tambah beliau lagi, Mersing juga merupakan daratan yang awal terbentuk di Semenanjung Malaysia walaupun Langkawi merupakan batuan tertua, namun sekitar 300 juta tahun lampau ketika bumi Mersing menjadi daratan, Langkawi masih berada di bawah lautan.

Hadir sama dalam program ini, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Mohammad Hussein Jamaludin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Wan Nadzari Wan A.Rahman dan Pengetua SMK Sri Mersing, Hasan Abdul Rashid.

-ER

Tinggalkan komen anda