Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

JASMINE Ceriakan Sambutan Hari Deepavali 50 Keluarga Kurang Kemampuan

By 30 Oktober 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Hamisah Sumar (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan Negeri Johor (JASMINE) menyampaikan sumbangan sempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal disambut minggu depan kepada 50 buah keluarga kurang berkemampuan sekitar sini.

Pengerusi JASMINE, Datin Nora Mohd. Som, berkata JASMINE merupakan pertubuhan amal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) yang bertujuan menjalinkan dan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan isteri wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan negeri Johor.

Nora (kiri) bersama-sama salah seorang penerima bantuan sumbangan sempena Deepavali.

Nora (kiri) bersama-sama salah seorang penerima bantuan sumbangan sempena Deepavali.

“JASMINE memberi fokus kepada amal kebajikan dan pemerkasaan peranan wanita khususnya di negeri Johor dalam usaha membantu golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan lain-lain.

“Bagi merealisasikan hasrat tersebut, maka JASMINE telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Deepavali yang bakal disambut oleh masyarakat India pada 6 November akan datang,” ujarnya ketika majlis penyampaian sumbangan di Dewan TNB, Kempas baru-baru ini.

Antara sumbangan yang diberikan ialah berupa wang tunai dan barangan dapur yang sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan golongan yang memerlukan.

“Sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, swasta dan orang perseorangan amat dihargai dalam usaha bersama-sama menjaga kebajikan golongan yang memerlukan,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua wakil jabatan dan agensi yang banyak menyumbang kepada JASMINE.

-SH

Tinggalkan komen anda