Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurPutrajayaSains & Teknologi

Gobind Nafi Artis Korea Diharamkan Beraksi Di Malaysia

By 17 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, hari ini menafikan kenyataan mengenai pengharaman artis Korea untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuat kuasa 2020.

“This isn’t true. Kenyataan ini tidak benar. Tiada halangan sebegini diputuskan sama sekali. Harap maklum,” katanya dalam catatan Twitter, hari ini.

Beliau memberi respons terhadap paparan grafik oleh seorang pengguna Twitter @precioushoshiii berhubung kenyataan itu yang menyebut: “Kesemua artis Korea diharamkan untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuat kuasa 2020.

“Kami di pihak kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melakukan sekatan”.
Bagaimanapun, paparan grafik itu dipadamkan setelah Gobind menciap ulang (retweet) paparan itu. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda