Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Melaka Tolak Korupsi

By 17 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam ( Melaka Tengah)

MELAKA, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Bertempat di Dataran Sejarah, Ayer Keroh telah diadakan Majlis Perasmian Himpunan Dua Roda, Street Warriors Corruption 2.0 (SWAC 2.0) dan Citizen Combat Corruption di sini.

Sebahagian pemilik RXZ yang hadir.

Sebahagian pemilik RXZ yang hadir.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke -9 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Menurut Chee Yee, Kerajaan Negeri Melaka berasa amat bertuah kerana telah dipilih oleh pihak penganjur sebagai negeri pertama bagi melancarkan kempen membanteras rasuah ini atau lebih dikenali SWAC 2.0.

“Pembentukan nilai – nilai murni serta jati diri dalam membenci serta memandang jijik perlakuan rasuah harus disemai bagi melahirkan pemimpin bebas rasuah pada masa hadapan”, ujar beliau lagi.

Pengarah Program Himpunan Dua Roda, Ibrahim A.Hamid turut berkata penganjuran program ini adalah usahasama RXZ Owner Club Malaysia (ROCM) bersama kerajaan negeri dalam mempromosikan negeri Melaka sebagai Hub Industri Pelancongan Permotoran Malaysia.

“Peminat permotoran ini adalah insan istimewa kerana sering disalah erti sebagai mat rempit namun dengan penyertaan golongan ini dalam program seperti ini akan menyangkal persepsi demikian,” tambahnya lagi.

Turut hadir bersama dalam program ini adalah Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama Merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

 

-KN

Tinggalkan komen anda