Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Agro-pelancongan Tarik Lebih Ramai Pelancong ke Melaka

By 3 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: M Zakry Chan (Melaka)

MASJID TANAH, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri sentiasa menyokong para usahawan dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan bagi memajukan industri agro pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong luar dan dalam negara.

Menurut Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Zairi Suboh, usaha kerajaan negeri dalam merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Melaka adalah menerusi agro-pelancongan.

Datuk Salahuddin Ayub memberi susu kepada anak kambing Boer.

Datuk Salahuddin Ayub memberi susu kepada anak kambing Boer.

“Pelancong ke Melaka bukan sahaja boleh melapangkan fikiran berehat bersama keluarga malah dapat menimba ilmu dalam bidang pertanian, seperti di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) yang berkonsep ‘farm stay‘.

“Hari ini kita berada di Ladang Kambing Boer Klas Farm untuk melihat pontensi yang boleh dikembangkan menjadi antara lokasi tarikan pelancong yang ingin datang ke Melaka. Kerjasama antara agensi kerajaan seperti Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga amat diperlukan dalam membantu menggalakkan industri agro pelancongan di Melaka,” ujar Zairi.

Pengarah Urusan KLAS Farm, Shafie Abdul Majid, berkata bermula dengan 30 ekor baka kambing betina yang diimport dari Australia pada 2008, kini Klas Farm memiliki lebih 1,000 ekor kambing baka Boer di ladang ternakan di Bukit Apit, Masjid Tanah.

“Selain menternak kambing,  KLAS Farm juga giat menjalankan program ‘mentorship’ dengan mengadakan kursus-kursus bimbingan kepada usahawan-usahawan yang berminat dalam penternakan kambing serta menggiatkan lagi sektor agro pelancongan di Melaka, “ujar Shafie.

Turut hadir dalam lawatan ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, dan Exco Pertanian,  Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka,  Norhizam Hassan Baktee.

-KN

Tinggalkan komen anda