Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Amirudin Santuni Masyarakat Tionghua

By 3 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengambil kesempatan cuti hari minggu untuk menyantuni rakyat khasnya masyarakat Tionghua di sekitar Pasar Selayang Baru, di sini hari ini.

Program bermula selepas ketibaan beliau jam 8.30 pagi untuk bersarapan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat setempat di Warung Albab yang menyajikan pelbagai menu roti canai dan nasi lemak.

Amirudin yang ditemani isteri, Masdiana Muhamad kemudiannya memulakan ‘walkabout’ sambil mengedarkan buah limau kepada pengunjung pasar dan pelanggan kedai-kedai makan yang berhampiran.

Reaksi masyarakat Tionghua memberikan tepukan setiap kali Menteri Besar, Amirudin Shari melangkah masuk ke kedai atau restoran di Selayang Baru.

Reaksi masyarakat Tionghua memberikan tepukan setiap kali Menteri Besar, Amirudin Shari melangkah masuk ke kedai atau restoran di Selayang Baru.

“Setiap tahun, saya dan isteri akan menyantuni masyarakat Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

“Amalan ini diteruskan tahun ini dengan program serahan buah limau sempena Tahun Baru Cina, disamping bertanya khabar dan bertanya persiapan menyambut perayaan yang akan bermula pada petang hari Isnin ini,” katanya yang dipetik melalui entri facebook beliau.

Menyantuni masyarakat Tionghua sambil mengedarkan buah limau merupakan amalan Amirudin di DUN Sungai Tua setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Menyantuni masyarakat Tionghua sambil mengedarkan buah limau merupakan amalan Amirudin di DUN Sungai Tua setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam program kira-kira satu jam itu, Menteri Besar mengambil kesempatan bersalaman dengan orang ramai termasuk para peniaga serta tidak menolak permintaan beberapa orang yang mahu berswafoto dengannya.

Amirudin turut mendapat tepukan setiap kali beliau melangkah masuk ke kedai makan atau restoran sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan beliau selaku Menteri Besar Selangor.

Turut mengiringi beliau, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim dan Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abdul Rahman.

-NAZ

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda