
Laporan/foto: Irina Abd Samad/ Mohd Idham Abd Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Kerja pembersihan persekitaran tempat kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang terjejas telah selesai dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pokok tua tumbang tirit menghempap landasan monorel.
Tinjauan Malaysia Aktif hari ini mendapati laluan tersebut telah dibuka kepada orang ramai setelah pembersihan dilakukan pagi tadi.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Zaliha Mustafa dalam sidang media beliau semalam menyatakan kebanyakan pokok di sekitar Kuala Lumpur telah berusia lebih 50 tahun dan pemantauan pokok berkaitan dilaksanakan syarikat swasta yang berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Laluan telah dibuka kepada orang ramai setelah pembersihan dilakukan pagi tadi.
“Mungkin ada keperluan untuk melihat garis panduan kepada pemuliharaan pokok sekitar Kuala Lumpur bagi mengelak insiden yang serupa pada masa hadapan,” kata Zaliha.
Kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang telah berlaku di Jalan Sultan Ismail berdekatan sebuah hotel, semalam.
Dalam kejadian kira-kira petang 2.00 petang itu, seorang lelaki tempatan maut, manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tua tumbang menghempap 18 kenderaan dan landasan monorel.
-ZS-