Perairan Melaka Selamat dan Terkawal

WhatsApp Image 2019-02-13 at 12.52.42
Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh

MELAKA, 13 Feb (Malaysiaaktif) –  Lawatan kerja keselamatan kawasan maritim Melaka yang pertama telah diadakan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sejak menerajui tampuk pemerintahan negeri pada tahun lepas.

Lawatan Ketua Menteri Melaka di persisiran pantai Melaka.

Lawatan Ketua Menteri Melaka di persisiran pantai Melaka.

Lawatan yang didakan semalam bermula di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan berakhir Komplek Imigresen, Kastam, Kuarantin dan keselamatan (ICQS) Melaka.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat tahap keselamatan di pesisiran pantai Melaka dan perairan Selat Melaka yang mempunyai jarak sepanjang 78 kilometer bermula dari Muara Sungai Kuala Linggi hingga Sungai Kesang Jasin.

Menurut Adly Zahari, kawasan maritim Melaka merupakan sumber strategik dari segi geografi dan terdapat pelbagai aktiviti seperti perkapalan, pembangunan persisiran pantai, lanskap ekonomi, sumber protein, rekreasi, minyak dan gas serta pelancongan yang beroperasi di situ.

“Keselamatan kawasan maritim juga merupakan tanggungjawab dan peranan agensi keselamatan dalam menentukan keamanan dan kesejahteraan perairan terjamin.

“Berdasarkan taklimat yang diberi oleh agensi keselamatan, keadaan di kawasan maritim adalah selamat dan terkawal dan rondaan dilakukan secara berkala dengan kerap melalui pendekatan “show of presence” dan penguatkuasaan undang-undang,”ujarnya.

 

-KN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...