Inisiatif CCBM Jana 8,000 Peluang Pekerjaan

4.Stephen James Lusk memberi taklimat kepada Tok Pa

 

Oleh  Faizal Abdul Hamid (Seremban)

SEREMBAN, 28 Apr (Malaysiaaktif) — Limpahan  meluas yang memungkinkan pewujudan sekurang-kurangnya  10 kali ganda peluang pekerjaan menerusi pelaburan Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd (CCBM) merupakan sesuatu yang positif  kepada negara ini.

Ini dapat direalisasikan dengan pelaburan RM1 bilion syarikat tersebut di Malaysia melalui pembangunan rantaian pengeluaran polyethylene terephthalate (PET).

 

5.Tok Pa melihat kawasan dalaman kilang yang menempatkan mesin baru mereka

 

Sehubungan itu, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, setiap peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh syarikat itu akan menjanakan sekurang-kurangnya 10 pekerjaan baharu dalam sektor berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan rantaian pengeluaran ini di kilang CCBM di Nilai semalam.

Sementara itu, Mustapha berkata Amerika Syarikat kini menunjukkan minat untuk melabur di negara ini berikutan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menurut beliau, ia memberangsangkan lagi pasaran pekerjaan bagi rakyat di negara ini.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...