Skip to main content
Berita TempatanPahang

Asah Bakat Pidato Berasaskan Fakta dan Undang-Undang

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Emran Ismail, Mohd Faizul Effendy / Mohamad Azree Mohd Zaki / Che Nor Ismail

TEMERLOH, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Pahang 2016 berlangsung di sini kelmarin.

Pertandingan kali ini disertai seramai 11 orang peserta yang mewakili sebanyak 11 daerah di Pahang.

Juara disandang oleh Mohd Amirul Afiq Mohd Lokman dari Kuantan, naib juara Mohd Nik Mat Pelet yang mewakili daerah Raub dan tempat ketiga peserta yang mewakili daerah Bentong, Noor Azlinawati Mohd Nordin.

 

PIDATO1

 

Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Pahang bagi membantu melahirkan pemidato yang bermaklumat berasaskan fakta berkaitan dasar-dasar kerajaan secara tepat dan selari dengan undang-undang.

Pertandingan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh ini dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Negeri Pahang, Lokman Mahmud yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda