Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

20 Ribu Rakyat Malaysia Mati Setiap Tahun Akibat Merokok

By 24 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Faizal Mansor

 

LABUAN (Malaysiaaktif) 24 Sept – 20 ribu rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi merokok. Justeru, Wilayah Persekutuan Labuan akan melaksanakan negeri bebas asap rokok mulai tahun 2020 dengan sasaran prevalen (paras asap rokok di udara) kurang dari 5 peratus pada tahun 2045.

Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Mohd Zaki Ab. Hamid berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Seminar Kesedaran Kanser Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2016 di Balai Raya Kampung Bukit Lada, di sini, pagi tadi.

Sehingga kini terdapat sejumlah 5 juta perokok di Malaysia dimana golongan lelaki adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 43 peratus manakala golongan wanita telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus pada tahun 2011 kepada 1.4 peratus pada tahun 2015.

Bekas perokok tegar,Abu Bakar Ali, 47, menyokong Inisiatif Labuan Bebas Asap Rokok kerana ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan asap rokok. Ini kerana asap rokok bukan hanya berbahaya kepada perokok tetapi juga kepada orang lain terutama ahli keluarga dan orang di sekeliling mereka.

Menurut salah seorang pelajar, Azhari Abu Dullah, 16, beliau telah mendapat sedikit sebanyak input yang berguna tentang tabiat merokok yang tidak baik untuk kesihatan melalui pameran yang diadakan dan berharap kempen tersebut juga dapat diadakan di sekolah-sekolah.

Jelas Zaki, Kempen “Blue Ribbon” yang diperkenalkan oleh MySihat akan mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan organisasi kerajaan dan seasta yang telah memberi sumbangan penting dalam usaha melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100 peratus kawasan bebas asap rokok.

Majlis perasmiannya telah di sempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli.

-MRR

Tinggalkan komen anda