Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Ar-Rahah, Nama Masjid Bagi Hargai Jasa Ibu PM

By 22 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Sazaki Abdul Rahman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Malaysiaaktif) – “Nama Tun Rahah dipilih untuk diabadikan dan dinamakan masjid di Lembah Pantai ini di atas jasa dan sumbangan keluarga Tun kepada rakyat di sini”.

Demikian ucap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom di Majlis Perasmian Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai di sini, semalam.

Beliau dalam ucapan menyatakan, “Masjid Ar-Rahah dibina atas sumbangan Datuk Seri Mohd Nazir Tun Abdul Razak di atas tanah seluas 4.3 ekar”.

“Masjid yang menelan belanja sebanyak RM10.6 juta ini dimulakan pembinaannya pada 14 April 2010 dan siap pada Oktober 2012”, ujar beliau.

img-20161022-wa0003

Menurut beliau lagi masjid ini mampu memuatkan seramai 2,500 orang jemaah pada satu masa.

“Ia juga dilengkapi kemudahan seperti dewan serbaguna, pejabat, laluan khas dan lif untuk kegunaan orang kelainan upaya serta bilik pengurusan jenazah”, katanya.

Beliau berharap dengan adanya masjid yang tersergam indah ini, penduduk di Lembah Pantai dapat menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam mengimarahkan masjid.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Ar-Rahah ini.

Turut hadir, Ibu Perdana Menteri, Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Mohd Noah dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohd Nazir Tun Razak.

-DK

 

Tinggalkan komen anda