Skip to main content
Berita TempatanSabah

KePKS Sambut Baik Peningkatan Jalur Lebar ICT

By 22 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh:? Asmidar Zainol & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Okt (Malaysiaktif) – Tindakan kerajaan memperluas liputan dan kualiti Jalur Lebar sehingga 20 Mps di seluruh negara disambut baik dan bertepatan dengan gesaan Menteri Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noredah Othman, 48, sebagai agensi yang bertugas untuk mempromosikan negeri Sabah, kami di STB memang telah lama menggunakan ICT sebagai alat pemasaran dalam memperkenalkan Sabah kepada pihak luar.

Pengumuman kerajaan dalam mempertingkat ekonomi digital melalui memperluas liputan dan kualiti jalur lebar sebenarnya memberi kelebihan untuk mempromosikan pelancongan di negeri.

“Kami menggunakan laman sosial agar komunikasi dua hala dapat membantu kami mempromosikan negeri ini dengan lebih berkesan.

“Pihak pengurusan KePKAS juga mewujudkan kumpulan aplikasi WhatsApp untuk mengemas kini aktiviti-aktiviti agensi dan jabatan kementerian terbabit.

“Kumpulan ini turut dianggotai oleh Datuk Masidi yang sentiasa memberi kata-kata semangat, di samping berkongsi maklumat terkini sebagai makluman pengurusan kementerian,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Sabah (KePKAS), Datuk Seri Masidi Manjun menggesa agar kakitangan di bawah Kementerian terbabit untuk lebih proaktif, berintegriti dan cekap menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ?agar tugas harian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan?.

Masidi berkata demikian semasa menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Perdana kementerian berkenaan, pada Jumaat.

Tambahnya, semua kakitangan di bawah kementerian berkenaan agar dapat menjalankan tugas dengan lebih berintegriti dan efisien.

Sementara itu, bagi Kurator Muzium Tamadun Islam Sabah, Nismah Kanak, 52, di samping bertemu dengan rakan-rakan dan pengurusan tertinggi, kami juga mendapat maklumat terkini daripada Datuk Masidi yang menekankan penggunaan ICT dengan mendapat maklumat lebih cepat hanya di hujung jari.

“Kakitangan kerajaan perlu menjalankan tanggungjawab dengan cekap kerana kementerian tersebut merupakan kementerian yang berhubung dengan orang ramai dan menjana pendapat negara dari sudut pelancongan,” kata Nismah.

SF

Tinggalkan komen anda