Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Produk Makanan Ringan Usahawan Wanita Dapat Sambutan

By 2 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Suzilawati Kamarudin & Mohd Shariffuddin Saedin (Seremban)

SEREMBAN, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Memiliki semangat dan keazaman yang tinggi menjadi tunjang utama kejayaannya.

Mewarisi perniagaan perusahaan makanan ringan daripada ibu mertuanya sejak tahun 1990, Noraini Ahmad, 47, yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan kini bergelar usahawan wanita berjaya.

Dibantu dua pekerja di Bengkel Hajah Zainab Pembekal Makanan Ringan, Noraini menghasilkan 2,500 kilogram (kg) kerepek sebulan yang diambil oleh kira-kira 30 pemborong dan pengedar makanan ringan seluruh negeri.

Menurut Noraini, permintaan yang semakin meningkat merancakkan lagi perniagaannya terutamanya menjelang bulan Ramadan.

“Permintaan terlalu tinggi sehingga kadang kala terputus bekalan mentah. Sukar mendapatkan bekalan ubi mentah di Seremban.

“Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa membeli kerepek pisang dan ubi mentah daripada Banting dan memproses semula di bengkel ini bagi memenuhi permintaan kerepek dan kacang seluruh Malaysia,’’ kata Noraini ketika ditemubual wartawan Malaysiaaktif.

WhatsApp Image 2017-02-01 at 2.00.23 PM

Tambah Noraini, kejayaaan yang dicapainya setakat ini bukan mudah diperolehi melainkan memerlukan kesungguhan, kecekalan hati dan sokongan oleh keluarga.

Noraini yang merupakan penerima pembiayaan bantual modal daripada TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), turut menerima sokongan dalam bentuk peralatan dan khidmat nasihat daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

WhatsApp Image 2017-02-01 at 2.00.12 PM

Jelas Noraini, sebagai Bendahari Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Batu 3 Mambau, dia kerap menjadikan produknya sebagai cenderahati untuk program-program dan aktiviti yang dijalankan oleh komuniti di kampungnya.

Antara produk keluaran Noraini ialah kerepek ubi pedas, kerepek labu, kerepek kacang dal, maruku, kerepek pisang dan kacang goreng salut tepung.

– AH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda