Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

‘Ngoca’ Ikan Pupuk Kecintaan Terhadap Warisan Kelantan

By 5 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Seman Wan Bedollah/Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Aktiviti ‘ngoca’ atau menimba ikan darat sememangnya sinonim dengan masyarakat Kelantan terutama setiap kali tibanya musim kemarau.

‘Ngoca’ ikan yang diadakan di Kubang Koyak, Kampung Tok Kaya di sini, bukan sahaja menggamit nostalgia malah mampu memupuk kecintaan terhadap warisan negeri Kelantan.

Hasil ikan sungai yang diperolehi

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor, aktiviti sebegini bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada generasi muda dan golongan kanak-kanak, malah mengukuhkan hubungan serta mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk.

“Menimba ikan dapat memberi pengalaman baharu terutama di kalangan generasi muda selain tradisi ini dapat terus disuburkan supaya ia tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Menurut penganjur, Asmawi Awang Kechik, aktiviti ini memberi impak positif kerana dapat menghidupkan, mengekalkan dan menyuburkan budaya gotong-royong ketika menimba ikan,” tambahnya.

Antara ikan yang ditangkap menerusi aktiviti ‘ngoca’ ialah ikan haruan, sepat, keli dan banyak lagi.

Orang ramai yang hadir melakukan aktiviti ngoca ikan

Aktiviti ‘ngoca’ ikan diadakan sempena program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Pejabat Penerangan Daerah Machang yang turut dihadiri Pengurus Besar Negeri Pos Malaysia Kelantan, Mohd Zainol Abidi Mohd Zainudin, Ahli Jawatankuasa (AJK) Komuniti Madani Tok Bok, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tok Kaya dan penduduk setempat.

-AA-

Tinggalkan komen anda