Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penduduk Taman Bagan Pasir Lambang Keharmonian Kaum

By 5 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Kehadiran penduduk berbilang kaum sempena Majlis Salam Silaturahim Setulus Kasih di Mini Arena Bagan Pasir, di sini kelmarin menjadi lambang keharmonian kaum di daerah ini.

Suasana majlis di Mini Arena Bagan Pasir

Menurut Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Ahmad Mustain Hamid, seperti sebelumnya sebarang program yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bagan Pasir sentiasa mendapat sokongan penuh dari penduduk tempatan.

“Saya berterima kasih kepada semua penduduk atas kehadiran penuh dalam majlis pada malam ini.

“Tahniah kepada jawatankuasa KRT kerana berjaya menghadirkan penduduk berbilang kaum dan menganjurkan majlis yang penuh warna warni,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Bagan Pasir Zaidi Zakaria berkata pelbagai persembahan menarik disajikan untuk hiburan penduduk yang hadir.

Zaidi Zakaria (kiri sekali) gembira majlis berjalan lancar

Antaranya cabutan bertuah dan persembahan hari raya dari pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bagan Pasir.

“Kami penduduk taman ini juga turut memasak sendiri juadah hari raya untuk dinikmati semua tetamu pada majlis ini,” katanya.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Daerah Raja Noor Safeera Raja Ibrahim.

-AA-

Tinggalkan komen anda