Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Raya Mengeratkan Ikatan Perpaduan

By 5 Mei 20244 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M.Sures Maniam (Kota Setar)

ALOR SETAR, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Sempena Syawal yang mulia ini, saban hari ada sahaja majlis rumah terbuka dan jamuan hari raya di segenap tempat untuk meraikan sanak saudara dan sahabat handai.

Kehebatan negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya ini tidak hairanlah jika sambutan hari raya Aidilfitri disambut oleh semua kaum, bukan sahaja untuk orang Melayu, malah bangsa lain juga turut serta memeriahkanya.

Keunikan ini berlaku di Majlis Sambutan Hari Raya di Rumah Pangsa Simpang Kuala di sini kelmarin anjuran Komuniti Madani Simpang Kuala yang dihadiri oleh pelbagai kaum dengan berpakaian baju Melayu, kurung dan kebaya tanpa mengira bangsa.

Kemeriahan majlis ini amat terasa apabila semua bangsa sama-sama mendendangkan lagu hari raya dan para tetamu dihidangkan dengan kuih-muih hari raya serta lemang ketupat dan rendang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman Teh Swee Leong, turut hadir dalam majlis ini dan melahirkan rasa gembira dengan kesepakatan dan perpaduan yang erat daripada pelbagai kaum Komuniti Madani di Simpang Kuala.

“Perpaduan ini perlu dicontohi dan saya berharap agar keutuhan ikatan perpaduan pelbagai kaum ini diteruskan selamanya,” katanya.

Gandingan juruacara majlis dari kaum Melayu dan Cina.

Seorang pengunjung yang hadir, yang juga merupakan penghuni rumah pangsa tersebut, Oii Bee Yong, 45, amat teruja dengan kemeriahan sambutan hari raya kali ini.

“Inilah realitinya kehidupan di rumah pangsa ini.

“Kami dah serupa adik-beradik,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda