Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Temasya Aidilfitri Kembalikan Nostalgia Tema Klasik 60-an

By 5 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)

SELAMA, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Kelainan yang ditonjolkan pada program sambutan Aidilfitri memberi impak positif kepada masyarakat setempat bagi mengembalikan nostalgia persis zaman 60-an.

Idea ini dicetuskan oleh seorang anak muda yang begitu ingin merasai suasana raya yang disambut pada zaman dahulu dan berpendapat konsep tema klasik ini sangat sesuai dibawa kembali untuk dirai bersama penduduk setempat.

Penyampaian hadiah bagi pertandingan pakaian busana tercantik kategori individu

Pengerusi Persatuan Penjaja Penduduk Daerah Kecil Selama Zakwan Ahmad berkata, beliau mendapat idea tersebut apabila kerap berkunjung ke pasar hari Jumaat yang sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk bahkan ada pengunjung dari luar kawasan turut datang untuk merasai suasana pasar sepanjang dua kilometer itu.

“Pemilihan tema klasik bagi program temasya Aidilfitri ini turut mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan terutama daripada Komuniti Madani Sg Bayor di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat setempat.

“Idea sebegini dilihat mampu menarik minat orang ramai sekaligus mengajak pelancong luar untuk datang berkunjung dan melawat daerah ini yang sememangnya terkenal dengan tempat menarik atau hidden gems yang sesuai untuk dilawati oleh semua orang,” katanya ketika ditemui seusai program Jiwa@Komuniti Madani Sg Bayor di tapak Pasar Jumaat Sg Bayor, di sini kelmarin.

Bahan penerbitan turut diedarkan kepada pengunjung

Selain jamuan raya, terdapat beberapa pertandingan yang turut diadakan seperti pertandingan gerai tercantik dan pertandingan busana tercantik.

Hadir sama wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Selama Mohd Razif Ismail.

-AA-

Tinggalkan komen anda