Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

5000 Kunjungi Karnival Jom Masuk U di Kota Bharu

By 12 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/Foto : Mohd Zamzuri Salleh/Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 5000 pengunjung membanjiri perkarangan Aeon Mall Kota Bharu sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara atau dikenali sebagai Karnival Jom Masuk Universiti (U) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.

Sambutan luar biasa pada hari pertama program ini yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berjaya menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk meninjau peluang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Sebahagian daripada pengunjung karnival yang memenuhi ruang pameran bagi mendapatkan maklumat peluang melanjutkan pengajian.

Sebahagian daripada pengunjung karnival yang memenuhi ruang pameran bagi mendapatkan maklumat peluang melanjutkan pengajian.

Menurut Noraini Yunus, 19, karnival ini banyak memberi pendedahan maklumat secara jelas, tepat dan terkini mengenai program serta kursus yang ditawarkan di semua universiti awam (UA).

“Adanya karnival ini kami dapat membuat perbandingan di antara satu intitusi dengan institusi pengajian tinggi lain berpandukan kepada keputusan peperiksaan,” jelasnya kepada Malaysiaaktif.

Tambah Noraini, beliau boleh membuat pertanyaan berhubung apa juga keraguan daripada pegawai yang bertugas di bahagian pameran institusi pengajian tinggi yang disediakan di karnival berkenaan.

Sementara itu Pegawai Penyelaras Pameran Karnival, Amra Othman, 39, berkata karnival ini satu ruang dan peluang serta pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat.

“Dengan cara ini, pemilihan mereka lebih tepat serta tidak akan tersalah pilih kursus untuk memasuki universiti,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda