Hasilkan Filem Dengan Teknologi Bajet – Donnie Yen

donnie

 

 Laporan / foto oleh  Mohd Baharruddin Mohamad / Razali Ihi (Kuching)

KUCHING, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Ribuan para peminat sanggup menunggu ketibaan pelakon aksi siri filem ‘Ip Man’ iaitu  Donnie Yen walaupun dalam cuaca panas di hadapan Mahkamah Lama di Kuching semalam.

Kehadiran beliau buat julung kalinya ke negeri Sarawak sempena Asean International Filem Festival & Awards (AIFFA) 2017, membuat para peminat sanggup bersesak-sesak dan menunggu daripada awal pagi sehingga tamatnya program lawatan bersama peminat.

Donnie sempat melambai ke arah peminatnya sempena AIFFA 2017 di Perkarangan Mahkamah Lama, Kuching.

Donnie sempat melambai ke arah peminatnya sempena AIFFA 2017 di Perkarangan Mahkamah Lama, Kuching.

Donnie berkata, dunia hari ini amat berbeza dengan sebelumnya dan hari ini pelbagai aplikasi teknologi bajet yang boleh digunakan bagi membuat penggambaran filem, maka dengan itu beliau menggalakkan anak muda tempatan negeri ini membuat filem menggunakan teknologi tersebut bagi menghasilkan filem.

“Ia sebenarnya tidak pernah terlambat untuk mereka yang berbakat dan mempunyai banyak idea kreatif untuk melakukannya,” katanya.

Jelasnya, filem sebenar terhasil untuk menyetuh emosi penonton dan menyampaikan mesej tertentu melaluinya.

“Apa yang lainnya cuma mungkin kos pembikinan filem itu sendiri dan bahasa yang digunakan dalam filem tersebut.

“Apa yang penting apabila membuat filem ia memerlukan penghayatan menerusi gerak hati demi suatu penghasilan yang memuaskan dan filem tersebut haruslah difahami oleh mereka yang meminati seni perfileman,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Donnie turut menyatakan keinginan beliau untuk membuat pengambaran di negeri ini namun mungkin bukan pada masa terdekat.

Sementara itu, peminat setia pelakon tersebut, Anthony Merikan cukup teruja bertemu figura kegemarannya itu.

“Inilah peluang saya untuk melihat sendiri dengan jelas bagaimana rupa Donnie Yen yang tulin dan saya sanggup datang awal pagi ke sini dan saya adalah peminat semua filem yang beliau lakonkan baik dalam filem Ip Man, mahupun filem Star Wars dimana beliau membawa watak seorang hero buta, Chirrut Imwe dengan baik,” katanya.

Manakala seorang peminat Donnie dari Sibu, Aishah Kassim sanggup datang sejauh lebih 400km ke Kuching semata-mata untuk melihat dengan dekat wajah pelakon Hong Kong tersebut.

“Saya rasa sangat teruja kerana dapat bertemu dengannya dan saya juga beruntung mendapat baju T yang dibalingnya kepada peminat, memang rasa gembira sekali hati saya pada pagi ini, ujar beliau semasa ditemui Malaysiaktif.

 

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *